23/11/2020

39 - Terima Kasih Allah

BY Mr. Rizal No comments


Alhamdulillah, menjejak ke angka 39 dengan izin Allah.

Masih belum mencapai angan-angan yang dikehendaki, namun bersyukur masih ada yang menyayangi.

Baru sahaja melahirkan 'anak terbaru' awal November ini, harapnya berjalan lancar, dan maju.

Belum nak diwar-warkan lagi... tunggu.

Seminggu dah hujan setiap hari.

Kepada yang kurang sihat tu, semoga cepat sihat, InsyaAllah.

Assalamualaikum

11/11/2020

Kekurangan Atau Kelebihan? Vios Generasi ke 4

BY Mr. Rizal IN No comments


Assalamualaikum

Lama betul tak menulis dalam blog ni. Bersawang teruk dah ni, kahkah. Kali ini aku nak membincangkan sedikit perihal kereta yang dah lebih setahun aku drive setiap hari. Toyota Vios Generasi ke 4 atau digelar Vios Jerung.

 Banyak boleh diperkatakan, namun kali ini aku nak sembang mengenai perkara yang nampak macam menyusahkan/ tak canggih/ tak kena dengan harga kereta yang premium.

Tiada Auto Unlock Pintu

Ya, tiada auto unlock sebaik enjin dimatikan. Ada yang anggap ini menyusahkan kerana perlu tekan suis unlock pintu selepas enjin dimatikan. Pada saya, ini adalah satu ciri keselamatan yang amat bagus. Pemandu lebih peka dengan keadaan sekeliling kereta. Ada kala, sebaik enjin dimatikan, ada penumpang yang tak sabar terus membuka pintu dan mungkin mengakibatkan kemalangan kecil. 

Boleh buka Boot Tanpa Alarm Berbunyi

Pelik kan,, sepatutnya setiap bukaan mesti akan trigger alarm kereta untuk berbunyi. Namun melihat pada boot Vios yang hanya boleh dibuka dengan remote atau suis (hanya jika remote berdekatan), ianya bukanlah satu masalah, malah satu kemudahan untuk pemilik. Tiada lubang kunci maka sukar untuk dibuka oleh sesiapa tanpa remote. Cuma kekurangan yang saya pelik adalah tiada indicator boot terbuka atau tidak.

Indicator pintu sahaja
 

Tiada Butang Remote Untuk Trigger Alarm

Butang apa? butang nak bunyikan alarm kereta secara manual. Contoh penting butang ini adalah bila terlupa parking kereta di mana, atau ada cubaan nak pecah kereta dan kita nampak daripada jauh, jadi dengan butang ini boleh mengejutkan pencuri. 

Lock, unlock, buka boot, bunyi alarm tarak...


Itu je kot yang aku boleh pikir setakat ni. Kalau korang ada nak top up info, boleh komen di bawah, enjois!

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan