22/01/2020

Teknik Pemasaran Internet - Iklan di Facebook atau Google

BY Mr. Rizal IN No comments



Related image

Assalamualaikum

Lama betul tak update blog ni, kah kah. Dah memang bersawang sangat-sangat dah. Baiklah, kali ini aku nak share dengan korang sedikit perbezaan antara kaedah pengiklanan ataupun pemasaran menggunakan Google Ads atau Facebook Ads.

Umum mengetahui, perniagaan atau perkhidmatan tanpa faktor promosi, dah tentu takkan bertahan lama. Dalam keadaan dunia digital berkembang pesat sekarang ini, kaedah pemasaran online paling mudah untuk menaikkan nama perniagaan kita.


Perbezaan paling ketara dalam 2 medium iklan ini adalah :

GA - iklan yang dicari.
FBA - iklan yang mencari.

Apa maksudnya? ok, iklan yang dicari bermaksud iklan anda akan mendapat perhatian sekiranya kata kunci berkaitan produk atau perniagaan anda dicari dalam Google search. Maknanya mereka yang melihat iklan anda adalah spesifik mencari info yang berkaitan.

Manakala iklan yang mencari bermaksud iklan anda di facebook akan mencari pembaca yang tergolong dalam sesuatu faktor mencari, contohnya iklan tersebut disasarkan kepada lelaki Malaysia yang berumur dalam linkungan 20-30 tahun. Namun jika ada golongan ini melihat iklan anda, mereka kemungkinan langsung tidak berminat dengan iklan anda kerana mereka bukan mencari info berkaitan iklan anda.

Jadi jika anda rasakan yang produk atau perkhidmatan anda lebih mendapat perhatian daripada golongan yang mencari, anda boleh cuba untuk membuat iklan di Google Ads kerana ianya lebih targeted kepada golongan yang mencari info dengan tepat.

Bagaimana nak bermula dengan Google Ads. Boleh dapatkan info lanjut di sini:

eBook Google Ads
eBook Google Ads



0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan