23/11/2020

39 - Terima Kasih Allah

BY Mr. Rizal No comments


Alhamdulillah, menjejak ke angka 39 dengan izin Allah.

Masih belum mencapai angan-angan yang dikehendaki, namun bersyukur masih ada yang menyayangi.

Baru sahaja melahirkan 'anak terbaru' awal November ini, harapnya berjalan lancar, dan maju.

Belum nak diwar-warkan lagi... tunggu.

Seminggu dah hujan setiap hari.

Kepada yang kurang sihat tu, semoga cepat sihat, InsyaAllah.

Assalamualaikum

11/11/2020

Kekurangan Atau Kelebihan? Vios Generasi ke 4

BY Mr. Rizal IN No comments


Assalamualaikum

Lama betul tak menulis dalam blog ni. Bersawang teruk dah ni, kahkah. Kali ini aku nak membincangkan sedikit perihal kereta yang dah lebih setahun aku drive setiap hari. Toyota Vios Generasi ke 4 atau digelar Vios Jerung.

 Banyak boleh diperkatakan, namun kali ini aku nak sembang mengenai perkara yang nampak macam menyusahkan/ tak canggih/ tak kena dengan harga kereta yang premium.

Tiada Auto Unlock Pintu

Ya, tiada auto unlock sebaik enjin dimatikan. Ada yang anggap ini menyusahkan kerana perlu tekan suis unlock pintu selepas enjin dimatikan. Pada saya, ini adalah satu ciri keselamatan yang amat bagus. Pemandu lebih peka dengan keadaan sekeliling kereta. Ada kala, sebaik enjin dimatikan, ada penumpang yang tak sabar terus membuka pintu dan mungkin mengakibatkan kemalangan kecil. 

Boleh buka Boot Tanpa Alarm Berbunyi

Pelik kan,, sepatutnya setiap bukaan mesti akan trigger alarm kereta untuk berbunyi. Namun melihat pada boot Vios yang hanya boleh dibuka dengan remote atau suis (hanya jika remote berdekatan), ianya bukanlah satu masalah, malah satu kemudahan untuk pemilik. Tiada lubang kunci maka sukar untuk dibuka oleh sesiapa tanpa remote. Cuma kekurangan yang saya pelik adalah tiada indicator boot terbuka atau tidak.

Indicator pintu sahaja
 

Tiada Butang Remote Untuk Trigger Alarm

Butang apa? butang nak bunyikan alarm kereta secara manual. Contoh penting butang ini adalah bila terlupa parking kereta di mana, atau ada cubaan nak pecah kereta dan kita nampak daripada jauh, jadi dengan butang ini boleh mengejutkan pencuri. 

Lock, unlock, buka boot, bunyi alarm tarak...


Itu je kot yang aku boleh pikir setakat ni. Kalau korang ada nak top up info, boleh komen di bawah, enjois!

22/01/2020

Lindungi Kad Debit dan Kad Kredit anda Dengan BigPay

BY Mr. Rizal IN No comments


Bayar Guna Prepaid Debit Kad, Lebih selamat.

Nak topup Touch n Go? guna bigpay.
Nak topup Boost? guna bigpay.
Nak buat bayaran online atau di kedai? guna bigpay.

Ya, kad debit prepaid bigpay ni dah seperti cara
paling selamat untuk saya buat transaksi online
ataupun offline. Sebelum nak buat bayaran, kita
hanya perlu masukkan jumlah yang dikehendaki
dalam kad debit ni, jadinya kad inilah yang menjadi
perantara duit kita dan pihak penerima. Kad debit/kredit
 ataupun akaun bank kita diyakini selamat kerana kita
hanya buat pindahan nilai terus ke kad prepaid bigpay.
Faham tak?

Kad/akaun Bank >> Kad Debit BigPay >> Transaksi

Nak cuba kad ni?
Download Apps BigPay di Apple StoreAtau PlayStore.
Anda akan dapat kredit percuma RM10 jika anda masukkan
kod di bawah ini sebagai kod referral:

GTPGQHSHOD 

isikan maklumat yang diperlukan, topup kad anda sebanyak
RM20 (nilai ini anda boleh gunakan nanti, tak perlu risau)
dan tunggu kad anda tiba. mudah.

Jangan lupa, masukkan kod referral GTPGQHSHOD  untuk
tambahan RM10 dalam kad anda, PERCUMA!

Teknik Pemasaran Internet - Iklan di Facebook atau Google

BY Mr. Rizal IN No comments



Related image

Assalamualaikum

Lama betul tak update blog ni, kah kah. Dah memang bersawang sangat-sangat dah. Baiklah, kali ini aku nak share dengan korang sedikit perbezaan antara kaedah pengiklanan ataupun pemasaran menggunakan Google Ads atau Facebook Ads.

Umum mengetahui, perniagaan atau perkhidmatan tanpa faktor promosi, dah tentu takkan bertahan lama. Dalam keadaan dunia digital berkembang pesat sekarang ini, kaedah pemasaran online paling mudah untuk menaikkan nama perniagaan kita.

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan