08/11/2019

Cuti Deepavali Ke Selatan Tanahair

BY Mr. Rizal No comments



Assalamualaikum

Baru berkesempatan nak update blog. Waktu Cuti deepavali tempohari, wife ambil peluang untuk ambil cuti tahunan juga. Kebetulan Alany dan Alya dah habis peperiksaan hujung tahun. Walaupun cuti sekolah akhir tahun belum start, kitorang decide untuk buat roadtrip ke selatan tanahair, untuk bertemu dengan saudara-mara dan rakan-rakan yang dah lama dan tak pernah bertemu.

26 Oktober 2019

Hari Sabtu, kami bergerak dari Seri Iskandar tepat jam 9 pagi. Esoknya adalah Ahad dan juga cuti hari deepavali. decide untuk gerak hari sabtu sebab nak jumpa dengan bekas staf IKBN SI yand dah berpindah ke Merlimau Melaka dan baru sahaja kehilangan suaminya. Jammed melekat jadinya dari Simpang Shah Alam (NKVE) sampai ke Exit Simpang Ampat kot. Selamat tiba di Merlimau dalam jam 6 petang.



Oh ya, satu nak bagitau, kitorang gamble je turun selatan ni tanpa buat tempahan hotel, haha. Kononnya nak rambo je nanti lepas melawat rakan di Merlimau tu. Mujur selepas selesai lawatan muhibbah pertama, kitorang terus gerak ke Bandar Hilir Melaka dan dapat tempat tidur yang selesa, tapi dengan harga yang agak mahal juga.


27 Oktober 2019

Hari Ahad. Tujuan utama nak ke Menara Tamingsari, kemudian pusing-pusing Bandar Hilir jalan kaki. Mencari juga kedai nak sarapan, tapi banyak kedai mamak dan kedai yang macam tak berapa menarik, Makanya decide beli roti je kat 7 eleven untuk lapik perut sementara tunggu lunch hour. Kami lepak di bersebelahan tapak menara untuk makan dan minum sebelum nak naik menara.


Tepat jam 10 pagi, kitorang gerak la ke pintu utama untuk beli tiket. Tapi pintunya masih tak buka. Rupanya ada kenyataan kecil yang bagitau menara sedang ditutup untuk penyelenggaraan. Kecewa bebudak ni, hahaha.


Makanya berjalan-jalan jelah jawabnya di kawasan tu. Masuk Muzium Pos, Muzium Setem, Muzium Senibina. Sambil2 intai bukit St Paul dari bawah (malas naik tangga wehhh), ambil gambar depan A Famosa, depan dinosour, dan terus ke Mahkota Parade cari makan tengahari.






















Selepas makan tengahari dalam Mahkota Parade, kami pulang semula ke hotel untuk tidur selepas kekenyangan, hahaha.

To be continued.

0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan