15/06/2019

Anak Maut Akibat Tertinggal Dalam Kereta

BY Mr. Rizal No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedih, pilu, terkilan dan macam macam lagi perasaan masa baca berita ni. Ya, sebagai seorang bapa, berita macam ni sememangnya akan memberi kesan. Aku sendiri pernah ada pengalaman tertinggal anak aku dalam kereta, walaupun tak lama, namun perasaan bila tersedar anak tu tertinggal memang tak dapat nak diungkapkan.



Kisahnya kami sedang survey aircond di kedai. Kereta berhenti dan park betul-betul di depan kedai. Turun kereta dan sebaik mendengar pintu kereta ditutup 2 kali, aku terus tekan alarm lock tanpa pandang ke kereta. Terus aku, wife masuk ke kedai tanpa perasan anak aku sorang takde. Kemudian wife aku baru perasan Alya takde. Memang perasaan masa tu dah libang libung kata orang Perak. Rupanya alya terkunci dalam kereta (pintu child lock). Ada la 2 3 minit kot dia dok dalam tu, tapi tak pulak menangis maybe sebab ralit dengan mainan dia. Hadoi, memang macam2 perasaan ada masa tu, macam adrenalin main roller coaster kot...hoho.

Cuma satu je yang aku nak perkatakan, kita yang baca berita macam ni jangan la judge si parents tu hebat sangat. Kita tak tahu keadaan dan situasi semasa kejadian. Tak ada ibu bapa yang sengaja nak 'bakar' anak sendiri dalam kereta yang panas. Dah ditakdirkan ibu ini menjadi mangsa yang kehilangan anak akibat kecuaiannya. Kita memasing pun ada cuainya, cuma tak terkena perkara yang paling teruk, kematian.

Sentiasa berrfikir positif, sentiasa berbuat baik,
Babai.

Bapa Yang Kadangkala Alpa,
Masrizal Mastor

0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan