08/03/2019

NUR Alert - Sebaran awal untuk Kanak-Kanak hilang

BY Mr. Rizal IN No comments


Tahukah anda apa itu ‘NUR Alert’?

National Urgent Response Alert (NUR Alert) merupakan sistem amaran awal untuk kanak-kanak yang hilang. Sistem itu merupakan inisiatif kerajaan yang dikelolakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah demi melindungi mereka daripada eksploitasi, keganasan dan pengabaian.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini daripada NUR Alert menerusi Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS).

Menerusi MMS, pengguna akan dipaparkan maklumat mengenai kanak-kanak yang hilang seperti foto, identiti, maklumat fizikal dan lokasi terakhir.

Untuk mendapatkan maklumat itu, rakyat Malaysia perlu memberi persetujuan terlebih dahulu melalui perkhidmatan selular masing-masing menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sebarang pemberitahuan NUR Alert juga tidak akan dikenakan sebarang caj.

Contoh NUR Alert di smartphone pengguna YES Prepaid

0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan