18/10/2018

[VIDEO] Wanita Dilanggar dan Diseret Kereta Akhirnya Meninggal Dunia

BY Mr. Rizal No comments



Satu rakaman CCTV yang menunjukkan seorang wanita dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta tersebar di internet sejak semalam. Mangsa seorang penolong pengurus Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi, Wan Amirah Wan Alias, 31, akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas hampir 10 jam bertarung nyawa gara-gara dirempuh dan digilis sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Shaftsbury Square, Cyberjaya, kira-kira jam 7.30 petang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa baharu keluar dari premis dirempuh sebuah kereta model Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 ketika cuba melintas jalan.

Pemandu berkenaan bagaimanapun bertindak melarikan diri sejurus kejadian.
Rakaman CCTV insiden itu menjadi tular dan mengundang kemarahan netizen berikutan sikap suspek yang tidak bertanggungjawab dan memandu dalam keadaan berbahaya seolah-olah sengaja melanggar mangsa.

Sebelum itu, kereta suspek turut merempuh beberapa kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan lokasi sama.

Susulan itu, pihak polis sedang memburu pemilik dan pemandu kereta berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan