12/10/2018

Transaksi Pre-Auth Stesen Minyak

BY Mr. Rizal IN No comments


 Assalamualaikum

Dah berhabuk blog ni dekat 5 bulan kah kah. Apa khabar korang? hidup aku sepanjang 5 bulan lepas dengan macam-macam hal. Elok-elok kumpul duit nak bayar hutang, kereta buat hal lagi. Makanya terpaksa spend duit yang ada atas kereta. Bukan tak nak bayar hutang geng, tapi memang tengah kesempitan, hahaha.



Ok, nak share sikit perihal penggunaan kad debit maybank di pam minyak. Biasanya aku isi minyak guna kad kredit ataupun tunai. Jarang sangat-sangat kot guna kad debit swipe dekat pam. Awal bulan hari tu kad kredit dah dekat limit, cash pun takde, makanya terpaksa guna debit kad. Di pam minyak Petron, ada option untuk masukkan nilai yang kita nak sebelum slide kad. Pam minyak stesen lain aku tak pasti, tapi biasanya kalau korang slide dulu kad kredit atau debit tanpa masuk nilai yang korang nak, kad korang akan dicas sebanyak RM200 terlebih dahulu. Maka dalam akaun bank korang nanti akan ada transaksi PRE-AUTH DEBIT RM200 dalam senarai.

Nilai RM200 ni akan dipotong dengan nilai sebenar isian minyak masa tu, contoh full tank RM90. Selepas 2-3 hari, barulah baki daripada transaksi itu dipulangkan, dalam contoh ni RM110 korang akan dapat balik selepas 2 ke 3 hari. Berbalik kepada kad debit aku tadi, aku tak nak la kena caj RM200 tu, memang dah set RM90 je pada pam. Swipe, pam, setel.

Ok, sepatutnya lepas swipe RM90 tu, dalam akaun berbaki RM200. 2 Hari selepas tu, ingatkan nak keluarkan cash RM200 tu untuk barang basah. Tanpa tengok baki, aku pun terus la key in 200 untuk keluar duit tu, tapi dapat warning BAKI TAK CUKUP. Tengok akaun ada RM110 je rupanya. Buka M2U tengok dalam transaksi rupanya Maybank caj lagi sekali RM90 dalam kad debit !


Tengok gambar atas ni, SALE DEBIT tu dia caj lagi sekali, lepas tu REFUND tu pulak bukan serentak dengan SALE DEBIT, tapi lebih 12jam kot baru dia REFUND. Jadi tak  puas hati, aku inbox maybank kat fb tanya pasal ni. korang baca jap.


 So thats it guys, kalau taknak kad dicaj 2 kali, kena swipe di kaunter ya. Ntah hape2 la. Pasal ni la kot ada stesen minyak takde option untuk letakkan nilai isian pada petrol pam, sebab duit float sama macam swipe secara biasa.


LATEST UPDATE:
ads member fb kata maybe sistem tgh bengong sebab dia isi caj kena biasa, hari lain try juga, kau tengok dia refund bila.



--- ads
-- ads

0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan