18/10/2018

Peserta Dikutuk, Pengurus Buat Laporan Polis

BY Mr. Rizal No comments



Siapa yang berjemaah kutuk peserta ni? entah-entah korang salah satu yang termasuk dalam laporan polis ni.

Pencarian Mr Cute Sabah 2018 memang menerima publisiti meluas, namun ia tidak seperti yang diharapkan.
Ia berikutan kecaman melampau segelintir rakyat di negara ini yang secara terbuka membuat penghinaan terhadap rupa paras dan fikizal finalis pertandingan itu menerusi laman sosial.
Menurut salah seorang peserta, Walter Milter, dia dan barisan peserta lain pada mulanya terkejut apabila menerima maklum balas negatif itu sekitar minggu lalu.
"Bila nampak gambar-gambar kami ditularkan serta dikecam, mestilah terkejut. Tapi saya tidak melatah dengan perkara itu. Bagi saya, tak perlu respon pun.
"Mereka tak kenal saya, saya pun tak kenal mereka. Mereka hakimi berdasarkan sekeping gambar sahaja, jadi tak ada sebab untuk saya balas," katanya ketika dihubung.

Antara Finalist Mr Cute Sabah


Dalam pada itu, pengurus acara bagi pertandingan tersebut, Benn Shah, 38, memberitahu dia sudah pun membuat laporan polis berhubung kes tersebut.
Ujarnya, pihak penganjur membuat laporan ke atas beberapa individu yang membuat kenyataan berniat jahat seperti menyamakan acara tersebut seperti sampah, dakwaan mengaut keuntungan dengan harga tiket serta menghina pemakaian rantai tradisi salah seorang peserta.
Acara kemuncak Mr Cute 2018 akan berlangsung pada 10 November depan bertempat di Grand Ballroom, The Klagan Regency 1Borneo, Sabah.

0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan