19/10/2018

Ombak Pun Boleh Jadi Duit

BY Mr. Rizal No comments


Bakat melukis yang dimiliki oleh wanita muda ini berjaya mencuri tumpuan netizen selepas karyanya dimuat naik di Twitter pada Ahad.
Karya Nornasha Shafiqa Anuar, 21, bertemakan laut dalam dan ombak itu turut menarik minat pengguna Twitter untuk membeli lukisan-lukisan yang dihasilkannya.
Kata artis tiga dimensi (3D) itu, dia menerima banyak permintaan daripada pengguna media sosial sejak posting tersebut tular.
"Lebih 50 orang yang hantar DM (pesanan terus) dan tanya tentang lukisan tu kerana berminat nak beli.
"Setakat ini, saya sudah jual tiga daripada sembilan lukisan ombak dan laut dalam," katanya.



Harga bagi setiap lukisan adalah bergantung kepada saiz, bahan-bahan yang digunakan dan masa yang diluangkan untuk menyiapkannya.
Setakat ini, bebenang yang dimuat naik oleh Nornasha Shafiqa di Twitter itu menerima 12,289 tanda suka (likes) dan 9,331 ulang kicau (retweets).
Tambah lulusan diploma animasi 3D dari Akademi KRU itu, dia menghasilkan karya dengan tema tersebut kerana keinginan untuk bersiar-siar di kawasan pantai.
Jelasnya, lukisan-lukisan tersebut dinamakan 'bawa aku ke pantai' selepas mendapat inspirasi daripada lagu dendangan Bil Musa yang berjudul The Beach.

0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan