24/04/2018

Enjin Grand Livina Bergegar - Bunyi motobot

BY Mr. Rizal IN No comments



Assalamualaikum

lama tak update blog ni. Macam takde idea nak menaip. Kali ni ada sikit info mengenai masalah enjin yang boleh dijadikan rujukan kepada pemilik kenderaan terutamanya jenis Nissan Grand Livina. Sebabnya baru minggu lepas aku terpaksa ke workshop kerana tayar depan dah ada bunyi macam kapal terbang nak take off.


bearing depan grand livina
Masalah tayar berbunyi tu sebab sistem bearing tayar yang dah rosak. Makanya kopaklah nak membayarnya. Masalah taya ni biasa je, ada satu masalah enjin Grand Livina yang yang sering muncul dan menyebabkan sakit kepala sebab fikir nak keluar duit lagi.

Masalah enjin macam motobot. GL aku adalah auto, jadi ketika masalah ni berlaku, enjin macam semput sebaik masuk gear Drive, tapi enjin tak mati. Efek paling besar selain gegar adalah minyak kereta akan cepat habis. Kenapa? sebab pembakaran minyak tak lengkap dan kita juga akan tekan minyak lebih sebab enjin hilang kuasa.

 Ok, sebenarnya masalah ni dah jadi 4 kali, makanya cukuplah kitaran 1 set coil plug yang aku dah tukar (4 biji) dalam tempoh 2 tahun. Ya, bukan maksud benda tu boleh tahan 2 tahun, tapi dalam tempoh 2 tahun ni, kesemua coil plug yang lama dah rosak dan ditukar. Kenapa 2 tahun? sebab kalau 1 set 4 biji termasuk GST dan upah boleh mencecah RM1000.


Coil Plug

Setelah 4 kali menghadapi masalah ni, aku nak cerita pengalaman aku sikitlah. Pertama kali terjadi dulu, aku memang blur. Mujur dah dekat area rumah, jadi park kereta, masuk rumah, mandi tidur. Esoknya baru masuk group Grand Livina dalam facebook dan tahu masalah yang aku hadapi adalah perkara biasa. So pegi bengkel takde la kena ketuk sangat kekonon benda lain rosak.

Coil Pertama - tukar coil. gigil enjin hilang.
Coil kedua - tukar coil. gigil clear.
Coil ketiga - paling ngeri. sebab coil rosak, dan cip dalam elektronik box pun rosak.

Coil ketiga ni memang bagi problem betul. Seharian duduk workshop nak setel, akhirnya GL kena tidur bengkel satu hari. Workshop yang aku biasa tukar coil ni jenuh la buat troubleshot, tukar coil, tukar 1 set coil (4 biji) baru, tukar spark plug ( enjin gigil juga boleh diakibatkan oleh spark plug yang dah tumpul). Masalah gigil tetap jadi. Last - last dia bagi kesimpulan problem pada kotak elektronik enjin yang mengawal aktiviti enjin. Dia refer pada pakar yang boleh diagnose dan tukar chip yang rosak dalam box tanpa perlu dapatkan box yang baru atau terpakai. Rupanya box tu ada kemasukan air, dan menyebabkan litar pintas, uhuk uhuk. Kali ni tangan yang menggigil sebab kena keluar RM450 untuk servis ni. Oh ya, coil pun kena tukar masa ni, tambah la RM250.

Coil keempat - bila jadi yang keempat ni, aku pun dah gabra, jangan la kena yang macam coil ketiga itu hari. Kali ni dia tukar coil, tetap gigil, tapi dah kurang. Makanya dia tukar spark plug pulak, tapi guna coil lama, tetap gigil. Last dia cuba tukar coil baru dan spark plug baru, baru ok.

Kesimpulannya, kalau enjin jadi ala motobot, kerosakan yang mungkin terlibat adalah coil plug, spark plug, ataupun yang paling ngeri, ECU box. Jadi kalau korang ke bengkel yang tak biasa akibat terpaksa, korang boleh lah tau apa benda yang perlu ditukar, bukan apa yang tuan workshop nak tukar.

0 komen:

Post a comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan