22/05/2018

Voucher Code Terkini Photobook Apps

BY Mr. Rizal IN No comments


Assalamualaikum

Masuk hari ni, dah 5 hari umat Islam berpuasa. Dan masuk hari ini, dekat sebulan juga blog ini tak update. Biasanya waktu nak tidur tu macam-macam idea nak dijadikan blogspot. Alih-alih bila bangun terus lupa.

24/04/2018

Enjin Grand Livina Bergegar - Bunyi motobot

BY Mr. Rizal IN No comments



Assalamualaikum

lama tak update blog ni. Macam takde idea nak menaip. Kali ni ada sikit info mengenai masalah enjin yang boleh dijadikan rujukan kepada pemilik kenderaan terutamanya jenis Nissan Grand Livina. Sebabnya baru minggu lepas aku terpaksa ke workshop kerana tayar depan dah ada bunyi macam kapal terbang nak take off.

07/03/2018

Cara Buka Medium.Com dari Malaysia

BY Mr. Rizal IN No comments

 Assalamualaikum.

Korang pernah buka web medium.com ? Cuba klik sini sekarang >> medium.com <<. Apa yang keluar?

 ini yang aku dapat dalam browser aku. Ada banyak lagi web-web lain di luar sana yang disekat oleh pihak berwajib daripada diakses oleh warganegaranya. Tapi aku gunakan website medium ini sebagai contoh.

(disclaimer : sebarang web lain yang anda akses adalah dibawah tanggungjawab anda dan tidak melibatkan info di masrizal.ml ini)

28/02/2018

Pendaftaran Tahun Satu Sesi Persekolahan 2019 / 2020

BY Mr. Rizal IN No comments

 Assalamualaikum

Untuk makluman, pendaftaran untuk kemasukan anak-anak ke tahun satu sesi 2019 dan 2020  akan dibuka pada 1 Mac 2018 selepas jam 10 pagi.  Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my/

Siapakan yang layak untuk mendaftar Tahun satu Sesi Persekolahan 2019 / 2020?

Jika anak anda dilahirkan pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 - layak untuk 2019
Jika anak anda dilahirkan pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 - layak untuk 2020

24/02/2018

Rahsia Hidup Menjelang 40 Tahun

BY Mr. Rizal IN No comments



Assalamualaikum,

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

14/02/2018

Fungsi Paypal.Me - Mudahkan Transaksi Anda dengan 1 Link Personal

BY Mr. Rizal IN No comments



 Assalamualaikum

 Straight to Ampang point, Paypal, sebuah peneraju penerima bayaran online ada memperkenalkan satu kaedah paling mudah untuk menerima bayaran atas servis atau produk yang anda jual di atas talian.

Servis ini adalah shortcut link yang anda boleh terus beri kepada pelanggan anda untuk menerima bayaran. Boleh terus pergi ke website www.paypal.me untuk grab sekarang.

11/02/2018

Koleksi Poster Keceriaan Sekolah

BY Mr. Rizal IN No comments

 Assalamualaikum

Sekarang ni, kalau nak anak murid masuk kelas, guru-guru akan sibuk untuk mencantikkan ruangan kelas mereka. Daripada poster kata hikmat, poster penaik semangat, juga carta-carta serta jadual kelas yang cantik dan menarik.

08/02/2018

Sejarah Asal Usul Tarian Singa

BY Mr. Rizal IN No comments



Tarian Singa bukanlah sesuatu yang asing bagi seluruh masyarakat di dunia ini lebih-lebih lagi ianya adalah salah satu yang menjadi tarikan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina menjelma. Tarian Singa ini menjadi satu yang wajib ada dan wajib ditonton sekiranya ia dipertontonkan di khalayak ramai. Sesuai dengan perayaan Tahun Baru Cina ini, saya akan berkongsi informasi sejarah mengenai asal usul Tarian Singa ini di dalam komuniti Cina di seluruh dunia. 

04/02/2018

Resipi Air Milo Sama Sedap Van Milo

BY Mr. Rizal IN No comments




Assalamualaikum

Pasti yang dah meningkat usia, terkenang-kenang rasa Milo yang disediakan oleh van Milo ketika di sekolah. Sejuk yang ngam, lemak yang terasa, dan manis yang secukupnya. Memang lain daripada yang biasa kita dapat di kedai makan.

Sekadar perkongsian daripada saya yang sememangnya hantu milo juga.

24/01/2018

Mika Aaron Jenewein - Model Antarabangsa Yang Suka Kicap

BY Mr. Rizal IN No comments



Remaja bertahi lalat di atas bibir seakan model antarabangsa popular, Cindy Crowford itu, menjadi buruan agensi-agensi model luar negara. Melihat wajahnya yang putih kemerahan, slanga Austria yang dituturkan, malah gaya rambut warna perang muda, siapa sangka remaja berwajah kacak bernama Mika Aaron Jenewein itu boleh bertutur loghat Negeri Sembilan dan sangat menggemari masakan tradisional Melayu seperti masak lemak cili padi, char kuetiau, rendang serta lontong.

Do You Understand, Class?

BY Mr. Rizal IN No comments


 Assalamualaikum

terasa nak berkongsi pengalaman seorang rakan guru kat sini. Guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Setelah hampir di hujung waktu subjek Bahasa Inggeris, beliau pun menyoal ;

"Do you understand class?"

15/01/2018

Cerpen - Bila Sajjad Dah Jadi Putih

BY Mr. Rizal IN No comments


Sajjad wanita yang hitam manis. Beliau seorang wanita yang cantik.
Namun keayuannya tidak terserlah dek kerana warna kulitnya yang tidak putih.
Sajjad sentiasa melihat dirinya kurang cantik selagi dirinya tidak menjadi putih.

Suatu hari Sajjad bertemu rakan lamanya, Rahimah yang kini tinggal di bandar.
Sajjad terkesima kerana Rahimah yang dulunya sama warna kulit dengan beliau
telah menjadi seorang yang berkulit cerah. Sajjad telah bertanya bagaimana
Rahimah menjadi begitu cerah dan amat berubah sekali penampilannya.

08/01/2018

Menggunakan telefon bimbit semasa lampu merah adalah suatu kesalahan

BY Mr. Rizal No comments


 Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit semasa berhenti di lampu isyarat merah adalah suatu kesalahan?

Ianya terkandung dalam undang-undang mengikut Kaedah 17 A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

Pengarah Penguat kuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata, “Sekiranya didapati mereka (pemandu) memegang atau menggunakan telefon bimbit, itu satu kesalahan dan kita akan mengeluarkan saman.
“Kita memang peka terhadap isu ini dan memberi amaran kepada mana-mana pengguna jalan raya sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tindakan saman dengan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-dua sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya.