29/11/2017

Hukum Karma Dan Kifarah - Mana Yang Sesuai

BY Mr. Rizal IN , No comments



Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

28/11/2017

Masuk Mahkamah Jika Ada Saman AES Tertunggak

BY Mr. Rizal IN No comments


Pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan dihadapkan ke mahkamah mulai awal tahun depan.

Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam

BY Mr. Rizal No comments


Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam

Sebenarnya, punca kita sukar bangun subuh mungkin kerana waktu dan cara tidur kita yang tidak betul. Dalam artikel ini, akan saya kongsikan cara tidur yang betul menurut Islam yang jika dituruti, pasti akan membolehkan kita bangun subuh setiap hari. Saya juga akan turut menyenaraikan beberapa perkara tidak bermanfaat yang anda terpaksa ubah dalam kehidupan seharian untuk mengikuti cara tidur ini. Dan terakhirnya, cara tidur mengikut Islam ini baik untuk kesihatan. Badan anda pasti segar di pagi hari setelah mencuba.

18/11/2017

3 Kategori Ayam Telur Di Jepun

BY Mr. Rizal No comments



Saya  memang peminat makanan yang melibatkan telur ayam. Saya takkan rasa bosan walaupun seminggu mengadap menu telur ayam, tak kira la telur rebus, dadar, mata kerbau, omelette dan sebagainya.

Sekarang saya nak kongsikan info yang sahabat FB saya, GH Syukri kongsikan pada status beliau.

16/11/2017

Minyak Naik Lagi - Bukan Minta Simpati

BY Mr. Rizal IN , No comments



BISING HARGA MINYAK BUKAN HANYA KERANA ISU POLITIK

Satu yang betul, penggunaan minyak sememangnya menjadi keperluan utama hari ini. Harga naik tetap kena isi, harga turun pun tetap juga isi, dan orang gila saja yang suka-suka habiskan minyak semata-mata nak isi minyak banyak kali pada waktu murah.

Beza dalam nilai kenaikan mungkin nampak kecil pada yang mampu, tapi bagi pengguna yang mempunyai bajet terhad dalam aturan kewangan harian, sikit ini juga adalah sakit. Tangki minyak tetap perlu diisi untuk bergerak sana sini.

03/11/2017

MNP Maxis Hotlink ke DiGi Yang Berjaya

BY Mr. Rizal No comments


Hawau u gais?!?

lama tak mengomel dalam blog. Rasa macam dah bersawang blog ni. Oklah, malas nak intro pepanjang, cuma nak cerita pengalaman pertama aku untuk menukar telco akibat rasa tak puas hati dengan plan data yang ditawarkan.

Sebelum ni aku setia dengan hotlink selama hampir 5 tahun. Sebabnya hotlink adalah yang pertama menawarkan data percuma walaupun kuota data kau dah habis atau selagi tempoh sah kredit belum tamat. Contoh kau top up RM30, walaupun kau tak langgan apa2 plan data, kau tetap boleh surf internet tapi pada kelajuan yang minimum saja. Dan kau boleh langgan data kelajuan tinggi jika kau mahu dengan kredit top up tadi.