22/07/2017

BILAKAH KALI TERAKHIR KITA CALL TANYA KHABAR MAK AYAH KITA?

BY Mr. Rizal No comments



Sebagai anak, dah besar panjang, lagi-lagi kita dah ada keluarga sendiri, ada antara kita terlupa yang kita masih ada mak dan ayah kat kampung.

Sibuknya kita bekerja sehari-hari sebab nak make sure hidup kita hari ni dan esok jadi lebih baik dari semalam.

Sibuknya kita sampai terlupa apa khabar agaknya mak dan ayah kat kampung.

Sihatkah mereka? Cukupkan duit belanja mereka? Apa yang mereka buat?

Bila kita meningkat usia ni, macam-macam sakit yang kita tak perasan wujud dalam diri kita.

Apatah ayah dan mak kita.

Bila kali terakhir kita bawa mak dan ayah kita pergi buat medical check up?

Pernah atau tidak kita buatkan detail medical check up untuk mereka, paling tidak pun setahun sekali atau 3 tahun sekali.


Kita terlupa,

Disebabkan kita sibuk sangat, sampai kita tak perasan wujud macam-macam penyakit yang mula menyebar di dalam tubuh badan kita. Apatah lagi dalam tubuh badan mak dan ayah kita.

Mana kita tahu apa yang kita buat setiap hari.

Ramai yang tak pantau pemakanan dan lifestyle.

Kita ni sibuk kerja sampai waktu tidur kita pun tak teratur. Makan pula macam-macam. Asal nampak sedap semua kita bedal.

Tahu, makanan yang kita makan itu halal dan sedap. Tetapi adakah ia menyihatkan?

Berapa ramai dari kita yang buat rutin senaman selama 10 minit setiap hari?

Adakah cukup berjalan kaki 3,000 langkah sehari?