06/12/2016

Resipi Kuih Keria Gula Melaka

BY Mr. Rizal IN , , , No comments


Assalamualaikum...

cuti sekolah ni yang pastinya tembolok anak-anak mesti dipenuhi. Asyik bermain menyebabkan anak-anak konpom lapor perut. jom kita buat kuih yang sedang hangat di wall-wall penggemar makan, kuih keria bersira gula melaka.

Bahan Untuk kuih Keria
✔ 2 kg keledek putih
✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak
✔ garam secukup rasa
✔ Air secukupnya untuk merebus keledek
✔ minyak utk menggoreng


 


Cara penyediaan :

1 • Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil
2 • Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk
3 • Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas .. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.
4 • Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana
5 • Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan
6 • Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka


Bahan Untuk Sira Gula Melaka
✔ 1 block gula melaka ~ lihat gambar
✔ Sedikit gula batu ~ lihat gambar
✔ 1 sudu besar gula kasar
✔ 5 sudu besar air

Cara Penyediaan :

1 • Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair
2 • Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat
3 • Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk
4 • Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati
NOTA ✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.
✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk...

0 komen:

Post a Comment