23/11/2016

Harimau Malaysia Bakal Boikot Piala AFF di Myanmar?

BY Mr. Rizal IN , , , No comments


Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin,  melobi untuk pasukan kebangsaan Harimau Malaysia supaya memboikot kejohanan Piala AFF Suzuki yang kini sedang berlangsung di lokasi bersama antara Myanmar dan Filipina. Malaysia yang berada dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Vietnam dan Myanmar bermain di Myanmar. Kumpulan A pula yang disertai oleh Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina dilangsungkan di Filipina.


 

Myanmar dikatakan tidak mempedulikan keadaan etnik Rohingya yang kini dibunuh secara kejam dan perkampungan mereka dimusnahkan oleh askar serta sami buddha yang dilindungi kerajaan negera tersebut. Beliau menegaskan apa guna sifat kesukanan jika tahap kemanusian di sana amat rendah dan melibatkan penduduk Muslim.

0 komen:

Post a Comment