22/11/2018

Family Time di Taiping - 19 November 2018

BY Mr. Rizal 1 comment


Assalamualaikum

Exam dah habis, keputusan dah dapat, anak-anak dah berusaha. Maka nak raikan juga anak-anak walaupun takde jemputan hari anugerah tahun ni, bawa diorang jejalan Taiping. Sempena cuti Maulidur Rasul juga nak isi masa sambil ibunya ada tugasan sikit di Taiping. Dapatlah bermalam sehari.

Bertolak Isnin pagi melalui jalan kampung, dari Seri Iskandar, ke Parit, ikut Manong, masuk Kuala Kangsar. Makanya pusing2 bandar Kuala sekejap. Ingatkan dapat melawat Galeri Sultan Azlan. Tapi tutup. Posing depan masjid dan tepi sungai je.






Dah lama nak bawa bebudak ni ke Taiping jalan-jalan. Dulu ibunya pernah bertugas kat sini, masa tu diorang kecil lagi. Bila dah besar, baru berbaloi nak melawat, bawa ke muzium sekali.





19/10/2018

Nak Balik Hari ke Korea Selatan? Ini Caranya

BY Mr. Rizal No comments


Assalamualaikum

Pernah tak korang yang biasa melancong ke luar negara ada pengalaman dihalang memasuki negara yang nak dilawati? haha, brader ni , Fahmi Sudirman terpaksa menelan hakikat pedih apabila dihalang memasuki Korea Selatan akibat kesilapan kecil ketika mengisi kad ketibaan.

Ombak Pun Boleh Jadi Duit

BY Mr. Rizal No comments


Bakat melukis yang dimiliki oleh wanita muda ini berjaya mencuri tumpuan netizen selepas karyanya dimuat naik di Twitter pada Ahad.
Karya Nornasha Shafiqa Anuar, 21, bertemakan laut dalam dan ombak itu turut menarik minat pengguna Twitter untuk membeli lukisan-lukisan yang dihasilkannya.
Kata artis tiga dimensi (3D) itu, dia menerima banyak permintaan daripada pengguna media sosial sejak posting tersebut tular.
"Lebih 50 orang yang hantar DM (pesanan terus) dan tanya tentang lukisan tu kerana berminat nak beli.
"Setakat ini, saya sudah jual tiga daripada sembilan lukisan ombak dan laut dalam," katanya.



Harga bagi setiap lukisan adalah bergantung kepada saiz, bahan-bahan yang digunakan dan masa yang diluangkan untuk menyiapkannya.
Setakat ini, bebenang yang dimuat naik oleh Nornasha Shafiqa di Twitter itu menerima 12,289 tanda suka (likes) dan 9,331 ulang kicau (retweets).
Tambah lulusan diploma animasi 3D dari Akademi KRU itu, dia menghasilkan karya dengan tema tersebut kerana keinginan untuk bersiar-siar di kawasan pantai.
Jelasnya, lukisan-lukisan tersebut dinamakan 'bawa aku ke pantai' selepas mendapat inspirasi daripada lagu dendangan Bil Musa yang berjudul The Beach.

18/10/2018

Peserta Dikutuk, Pengurus Buat Laporan Polis

BY Mr. Rizal No comments



Siapa yang berjemaah kutuk peserta ni? entah-entah korang salah satu yang termasuk dalam laporan polis ni.

Pencarian Mr Cute Sabah 2018 memang menerima publisiti meluas, namun ia tidak seperti yang diharapkan.
Ia berikutan kecaman melampau segelintir rakyat di negara ini yang secara terbuka membuat penghinaan terhadap rupa paras dan fikizal finalis pertandingan itu menerusi laman sosial.
Menurut salah seorang peserta, Walter Milter, dia dan barisan peserta lain pada mulanya terkejut apabila menerima maklum balas negatif itu sekitar minggu lalu.
"Bila nampak gambar-gambar kami ditularkan serta dikecam, mestilah terkejut. Tapi saya tidak melatah dengan perkara itu. Bagi saya, tak perlu respon pun.
"Mereka tak kenal saya, saya pun tak kenal mereka. Mereka hakimi berdasarkan sekeping gambar sahaja, jadi tak ada sebab untuk saya balas," katanya ketika dihubung.

Antara Finalist Mr Cute Sabah


Dalam pada itu, pengurus acara bagi pertandingan tersebut, Benn Shah, 38, memberitahu dia sudah pun membuat laporan polis berhubung kes tersebut.
Ujarnya, pihak penganjur membuat laporan ke atas beberapa individu yang membuat kenyataan berniat jahat seperti menyamakan acara tersebut seperti sampah, dakwaan mengaut keuntungan dengan harga tiket serta menghina pemakaian rantai tradisi salah seorang peserta.
Acara kemuncak Mr Cute 2018 akan berlangsung pada 10 November depan bertempat di Grand Ballroom, The Klagan Regency 1Borneo, Sabah.

[VIDEO] Wanita Dilanggar dan Diseret Kereta Akhirnya Meninggal Dunia

BY Mr. Rizal No comments



Satu rakaman CCTV yang menunjukkan seorang wanita dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta tersebar di internet sejak semalam. Mangsa seorang penolong pengurus Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi, Wan Amirah Wan Alias, 31, akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas hampir 10 jam bertarung nyawa gara-gara dirempuh dan digilis sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Shaftsbury Square, Cyberjaya, kira-kira jam 7.30 petang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa baharu keluar dari premis dirempuh sebuah kereta model Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 ketika cuba melintas jalan.

Pemandu berkenaan bagaimanapun bertindak melarikan diri sejurus kejadian.
Rakaman CCTV insiden itu menjadi tular dan mengundang kemarahan netizen berikutan sikap suspek yang tidak bertanggungjawab dan memandu dalam keadaan berbahaya seolah-olah sengaja melanggar mangsa.

Sebelum itu, kereta suspek turut merempuh beberapa kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan lokasi sama.

Susulan itu, pihak polis sedang memburu pemilik dan pemandu kereta berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan