04/02/2018

Resipi Air Milo Sama Sedap Van Milo




Assalamualaikum

Pasti yang dah meningkat usia, terkenang-kenang rasa Milo yang disediakan oleh van Milo ketika di sekolah. Sejuk yang ngam, lemak yang terasa, dan manis yang secukupnya. Memang lain daripada yang biasa kita dapat di kedai makan.

Sekadar perkongsian daripada saya yang sememangnya hantu milo juga.




Resipi Milo dari Van Milo

1 Kilogram milo paket
2 tin susu pekat manis
2 tin susu cair
1 liter air panas

Bancuh kesemua di atas dalam satu bekas. Yang pasti anda perlu campur ais sebelum boleh minum. Tambahkan 1 cawan ais untuk setiap 1 cawan milo. Jadi kalau anda tuang dalam 1 jug, pastikan nisbah ais juga 1 jug. Jangan minum selalu, nanti boleh potong kaki jadinya. Kahkah.

Selamat menikmati Milo Sesedap Van Milo!


0 komen:

Post a Comment