14/02/2018

Fungsi Paypal.Me - Mudahkan Transaksi Anda dengan 1 Link Personal



 Assalamualaikum

 Straight to Ampang point, Paypal, sebuah peneraju penerima bayaran online ada memperkenalkan satu kaedah paling mudah untuk menerima bayaran atas servis atau produk yang anda jual di atas talian.

Servis ini adalah shortcut link yang anda boleh terus beri kepada pelanggan anda untuk menerima bayaran. Boleh terus pergi ke website www.paypal.me untuk grab sekarang.



link pilihan saya.


Diatas adalah nama yang saya pilih untuk link customize saya. Untuk menetapkan bayaran, hanya tambahkan nilai yang hendak dikenakan di hujung link, contoh www.paypal.me/masrizalmastor/5 untuk menerima bayaran sebanyak USD5. Cuba klik dan lihat link ni beraksi. Nak proceed derma terus pun boleh, hehe.



Selepas pelanggan klik pada link yang anda beri, paparan seperti di atas akan kelihatan. Pada ruangan angka tersebut, boleh letakkan nilaian yang hendak dibayar (jika tidak ditambah nilai pada link asal). Juga boleh tetapkan matawang negara yang berkaitan. Cumanya perlu diingat jika menggunakan matawang Ringgit Malaysia, ada bayaran dikenakan untuk menukar nilai tersebut dalam akaun paypal anda.

Anda dah ada paypal.me sendiri?

0 komen:

Post a Comment