24/01/2018

Mika Aaron Jenewein - Model Antarabangsa Yang Suka Kicap



Remaja bertahi lalat di atas bibir seakan model antarabangsa popular, Cindy Crowford itu, menjadi buruan agensi-agensi model luar negara. Melihat wajahnya yang putih kemerahan, slanga Austria yang dituturkan, malah gaya rambut warna perang muda, siapa sangka remaja berwajah kacak bernama Mika Aaron Jenewein itu boleh bertutur loghat Negeri Sembilan dan sangat menggemari masakan tradisional Melayu seperti masak lemak cili padi, char kuetiau, rendang serta lontong.




Paling lucu, apabila remaja yang senang dipanggil Mika itu sangat menggemari kicap buatan Malaysia dan setiap kali mengembara ke luar negara dia pasti memenuhkan bagasi dengan botol-botol kicap.
Malah, ketika pemeriksaan beg di lapangan terbang, Mika menjadi tumpuan pegawai pemeriksa kerana terkejut dengan puluhan botol kicap di dalam bagasi yang disangka bahan terlarang.

Menariknya, dia mempelawa rakan-rakan model antarabangsa yang lain mencubanya.
Tidak malu, malah bangga dikenali model berdarah kacukan Melayu.
Mika menyifatkan darah Melayu yang mengalir dalam tubuhnya adalah tuah yang membawanya mengenali budaya serta keunikan orang Melayu khususnya negeri kelahiran ibunya.
Menurut anak bongsu pasangan Marcus Jenewien, 50, dan Azra Abdul Rahman, 45, Malaysia seolah-olah rumah keduanya selepas Austria memandangkan dia sekeluarga sering pulang ke negara ini hampir setiap tahun.

A post shared by Mika Aaron Jenewein (@jenewein_m) on
Selain bertemu sanak-saudara yang berada di Johol, Negeri Sembilan, dia juga mencari dan mendapat tawaran menjadi model di pentas peragaan seperti di Minggu Fesyen Johor dan Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
Malah, Malaysia merupakan lokasi pertama yang membawanya ke dalam bidang peragaan dan pengiklanan komersial, apabila buat pertama kali berlakon dalam iklan Sunquick pada 2007 ketika berusia tujuh tahun.

Baru berusia 19 tahun, namun Mika boleh dikatakan berjaya meletakkan namanya setanding model-model popular lain di pentas peragaan antarabangsa apabila telah diberi peluang memperagakan pelbagai jenama gah seperti Moschino, Di Liborio, Stella Jean dan Visvin selain pernah disunting jenama Prada, Burberry dan Hermes.

Pun begitu, Mika bijak mengatur langkah dengan menyertai tiga agensi terkenal iaitu IMG Models di London, Addicted To Model (Austria) dan No Logo Men (Milan) sebagai usaha membawa namanya ke seluruh dunia.




0 komen:

Post a Comment