08/01/2018

Menggunakan telefon bimbit semasa lampu merah adalah suatu kesalahan


 Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit semasa berhenti di lampu isyarat merah adalah suatu kesalahan?

Ianya terkandung dalam undang-undang mengikut Kaedah 17 A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

Pengarah Penguat kuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata, “Sekiranya didapati mereka (pemandu) memegang atau menggunakan telefon bimbit, itu satu kesalahan dan kita akan mengeluarkan saman.
“Kita memang peka terhadap isu ini dan memberi amaran kepada mana-mana pengguna jalan raya sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tindakan saman dengan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-dua sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya.






0 komen:

Post a Comment