14/02/2018

Fungsi Paypal.Me - Mudahkan Transaksi Anda dengan 1 Link Personal



 Assalamualaikum

 Straight to Ampang point, Paypal, sebuah peneraju penerima bayaran online ada memperkenalkan satu kaedah paling mudah untuk menerima bayaran atas servis atau produk yang anda jual di atas talian.

Servis ini adalah shortcut link yang anda boleh terus beri kepada pelanggan anda untuk menerima bayaran. Boleh terus pergi ke website www.paypal.me untuk grab sekarang.

11/02/2018

Koleksi Poster Keceriaan Sekolah

 Assalamualaikum

Sekarang ni, kalau nak anak murid masuk kelas, guru-guru akan sibuk untuk mencantikkan ruangan kelas mereka. Daripada poster kata hikmat, poster penaik semangat, juga carta-carta serta jadual kelas yang cantik dan menarik.

08/02/2018

Sejarah Asal Usul Tarian Singa



Tarian Singa bukanlah sesuatu yang asing bagi seluruh masyarakat di dunia ini lebih-lebih lagi ianya adalah salah satu yang menjadi tarikan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina menjelma. Tarian Singa ini menjadi satu yang wajib ada dan wajib ditonton sekiranya ia dipertontonkan di khalayak ramai. Sesuai dengan perayaan Tahun Baru Cina ini, saya akan berkongsi informasi sejarah mengenai asal usul Tarian Singa ini di dalam komuniti Cina di seluruh dunia. 

04/02/2018

Resipi Air Milo Sama Sedap Van Milo




Assalamualaikum

Pasti yang dah meningkat usia, terkenang-kenang rasa Milo yang disediakan oleh van Milo ketika di sekolah. Sejuk yang ngam, lemak yang terasa, dan manis yang secukupnya. Memang lain daripada yang biasa kita dapat di kedai makan.

Sekadar perkongsian daripada saya yang sememangnya hantu milo juga.

24/01/2018

Mika Aaron Jenewein - Model Antarabangsa Yang Suka Kicap



Remaja bertahi lalat di atas bibir seakan model antarabangsa popular, Cindy Crowford itu, menjadi buruan agensi-agensi model luar negara. Melihat wajahnya yang putih kemerahan, slanga Austria yang dituturkan, malah gaya rambut warna perang muda, siapa sangka remaja berwajah kacak bernama Mika Aaron Jenewein itu boleh bertutur loghat Negeri Sembilan dan sangat menggemari masakan tradisional Melayu seperti masak lemak cili padi, char kuetiau, rendang serta lontong.

Do You Understand, Class?


 Assalamualaikum

terasa nak berkongsi pengalaman seorang rakan guru kat sini. Guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Setelah hampir di hujung waktu subjek Bahasa Inggeris, beliau pun menyoal ;

"Do you understand class?"

15/01/2018

Cerpen - Bila Sajjad Dah Jadi Putih


Sajjad wanita yang hitam manis. Beliau seorang wanita yang cantik.
Namun keayuannya tidak terserlah dek kerana warna kulitnya yang tidak putih.
Sajjad sentiasa melihat dirinya kurang cantik selagi dirinya tidak menjadi putih.

Suatu hari Sajjad bertemu rakan lamanya, Rahimah yang kini tinggal di bandar.
Sajjad terkesima kerana Rahimah yang dulunya sama warna kulit dengan beliau
telah menjadi seorang yang berkulit cerah. Sajjad telah bertanya bagaimana
Rahimah menjadi begitu cerah dan amat berubah sekali penampilannya.

08/01/2018

Menggunakan telefon bimbit semasa lampu merah adalah suatu kesalahan


 Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit semasa berhenti di lampu isyarat merah adalah suatu kesalahan?

Ianya terkandung dalam undang-undang mengikut Kaedah 17 A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

Pengarah Penguat kuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata, “Sekiranya didapati mereka (pemandu) memegang atau menggunakan telefon bimbit, itu satu kesalahan dan kita akan mengeluarkan saman.
“Kita memang peka terhadap isu ini dan memberi amaran kepada mana-mana pengguna jalan raya sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tindakan saman dengan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-dua sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya.