06/12/2017

Mohon Visa ke India Tanpa Orang Tengah


Assalamualaikum.

Hujung tahun, ramai juga yang ambil kesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki untuk melancong ke luar negara. Tengok di wall facebook, ramai rakan fb yang sedang berada di luar negara, termasuk India. Sebagai peminat filem tamil, rasa teruja juga bila melihat rakan fb tadi bergambar dengan latar belakang set filem terkenal. Ada pula yang berbelanja membeli produk tempatan India yang lebih mahal berkali ganda jika dibeli disini.

Untuk ke India, anda memerlukan visa kemasukan sebagai pelancong. Anda tak perlu bersusah-payah sebenarnya untuk ke kedutaan mereka di Malaysia ataupun menggunakan khidmat ejen yang dah tentu mengenakan caj yang mahal untuk khidmat mereka.

Anda boleh dapatkan visa India secara online di https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html. 
Klik pada pilihan menu e-Visa untuk proses pendaftaran.


Isi borang secara online, buat bayaran dengan kad kredit/debit anda (USD50) dan lampirkan gambar anda bersaiz pasport (gambar muka anda, bukan gambar pasport). Anda akan mendapat email pemberitahuan yang permohonan anda sedang diproses.

Permohonan e-visa akan diproses dalam tempoh 3 hari. Jika permohonan anda berjaya, anda akan disuruh untuk mencetak sendiri e-visa tersebut dengan kembali semula ke laman utama di atas dengan memasukkan nombor booking dan nombor passport anda.

*Visa ini sah untuk 2 bulan dan untuk 2 kemasukan.


0 komen:

Post a Comment