22/12/2017

Penjara dan Denda Jika Sambung Bayar


Assalamualaikum

Situasi ekonomi yang agak mendesak serta keadaan poket yang tak berapa nak selesa menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang tak mampu untuk membayar bulanan hutang kereta mereka. Untuk mencari jalan mudah, mereka akan membuat tawaran sambung bayar samada menggunakan orang tengah ataupun syarikat sewa kereta yang akan memajak kenderaan mereka.

Tahukah anda adalah salah jika anda sebagai pemilik kereta melakukan pajakan atau kaedah sambung bayar tanpa pengetahuan bank?

Pemilik kenderaan yang memajak kereta kepada pihak ketiga tanpa persetujuan daripada pihak bank boleh didenda atau dipenjarakan.
Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan, kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta ini sebenarnya melanggar peruntukan Akta Sewa Beli 1967.
"Tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit yang menyerahkan kenderaan untuk disambung bayar atau dipajak kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada bank," jelasnya.
Jawapan bertulis bertarikh semalam itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.
Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan akta ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967, jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuat kuasa, mereka boleh didenda hingga RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Kementerian Dalam Negeri mengetahui kes sambung bayar dan pajakan kereta sebagai penyelesaian pemilik kereta yang tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan kepada bank.
"Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau pajakan ini tidak dibayar sewa bulanan kepada bank, sekali gus menyebabkan penama kenderaan disenarai hitam.
"Kes-kes ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri seperti dikatakan dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan.
"Namun, dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, polis akan siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelas kenyataan itu.


7 Tanda Buah Pinggang Anda Tidak Sihat


Assalamualaikum.
 
Biasanya badan akan menghantar isyarat yang menunjukkan buah pinggang anda gagal berfungsi dengan sepatutnya. Buah pinggang atau Ginjal adalah organ tubuh yang paling penting. Kerosakan salah satu ginjal akan mempengaruhi seluruh fungsi dalam tubuh.

Jika isyarat awal kerosakan fungsi ginjal ini dapat dikesan, adalah lebih mudah untuk mendapatkan rawatan awal yang mampu mengelakkan kerosakan ginjal yang lebih awal.

Berikut adalah tanda-tanda buah pinggang anda bermasalah :

21/12/2017

Mati - Kau Tak Boleh Lari


Assalamualaikum...

Tanyakan pada diri kita, bentuk kematian yang bagaimanakah sanggup kita rasai?

Takala membaca berita dan khabar tentang kematian orang lain, secara spontan kita juga akan turut merasa takut dan bimbang tentang keselamatan diri sendiri.

Membaca berita orang mati lemas, kita pun terbayang bagaimanalah rasanya mati kelemasan dan tiba-tiba kita pun merasa takut untuk mati lemas!

20/12/2017

Terbang ke Hong Kong Serendah RM629



Menarik juga tawaran MAS kali ni. Tak susah nak dapatkan tawaran ni sebenarnya, Boleh rujuk Link ini >> www.malaysiaairlines.com untuk info lanjut yang menarik mengenai Hong Kong.

13/12/2017

Edit Video di Smartphone dengan aplikasi Pilihan Facebook



Assalamualaikum

sedang mencari video editor mobile yang mudah dan senang untuk digunakan? selain daripada senang, video editor ini juga boleh menjadikan video anda lebih menarik untuk dikongsikan dan diviralkan. Facebook sendiri mengesyorkan pengguna untuk menggunakan 3 aplikasi video editor ini.

06/12/2017

Mohon Visa ke India Tanpa Orang Tengah


Assalamualaikum.

Hujung tahun, ramai juga yang ambil kesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki untuk melancong ke luar negara. Tengok di wall facebook, ramai rakan fb yang sedang berada di luar negara, termasuk India. Sebagai peminat filem tamil, rasa teruja juga bila melihat rakan fb tadi bergambar dengan latar belakang set filem terkenal. Ada pula yang berbelanja membeli produk tempatan India yang lebih mahal berkali ganda jika dibeli disini.

05/12/2017

8 Tips Memandu Ketika Hujan


Assalamualaikum

Akhir-akhir ni kita saksikan kerap berlaku hujan lebat lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh ini, jadi adalah penting untuk kita mengetahui tips memandu ketika hujan (atau hujan lebat) bagi memastikan keselamatan anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.
 
Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, berikut merupakan antara tips-tips penting yang mungkin boleh mengelakkan anda di timpa musibah semasa pemanduan

04/12/2017

Lokasi Pasar Malam Sekitar Melaka


Assalamualaikum

Seronok kan cuti sekolah ni dapat melawat negeri orang. Kepada anda yang melawat negeri Melaka, jangan lupa untuk turut melawat pasar malam yang terdapat di seluruh negeri Melaka. Terdapat 92 pasar malam di sekitar Negeri Melaka yang beroperasi dari hari isnin sehingga ke hari ahad.

Berikut adalah senarai Lokasi Pasar Malam Di Melaka:

03/12/2017

Lelaki Dan Wanita Single, Ini Berita Baik Untuk Anda

Instagram : tiqasya

Assalamualaikum...

Dunia hari ini, semakin sukar untuk seseorang mendapatkan pasangan hidup akibat daripada tuntutan kerja dan tanggungjawab atas kehidupan seharian. Pelbagai ragam manusia hari ini juga menyebabkan ramai golongan 'single' yang berasa malas untuk mencari pasangan hidup.

Tahukah anda, kini terdapat pelbagai web yang menawarkan peluang untuk bertemu jodoh secara online? salah satunya adalah BaitulJannah.Com