03/11/2017

MNP Maxis Hotlink ke DiGi Yang Berjaya


Hawau u gais?!?

lama tak mengomel dalam blog. Rasa macam dah bersawang blog ni. Oklah, malas nak intro pepanjang, cuma nak cerita pengalaman pertama aku untuk menukar telco akibat rasa tak puas hati dengan plan data yang ditawarkan.

Sebelum ni aku setia dengan hotlink selama hampir 5 tahun. Sebabnya hotlink adalah yang pertama menawarkan data percuma walaupun kuota data kau dah habis atau selagi tempoh sah kredit belum tamat. Contoh kau top up RM30, walaupun kau tak langgan apa2 plan data, kau tetap boleh surf internet tapi pada kelajuan yang minimum saja. Dan kau boleh langgan data kelajuan tinggi jika kau mahu dengan kredit top up tadi.


 
Makin lama aku rasa makin tak relevan data plan hotlink ni. Yang terbaru bulan lepas kalau tak silap, aku langgan data plan 3GB pada harga RM38. Ya, kau kena top up 2 kali, RM30 dan RM10 utk kau beli data plan ni. Ok, fine, aku tak kisah. Selang sehari lepas tu, diorang boleh tukar plan data yang ada, RM35 dan kau dapat 5GB data!? wat defark beb, murah dari plan yg aku beli sebelum tu dan lebih data. Shit. Aku dah geram.

Apa motif diorang buat top up RM30 tapi data plan yang "sedap" kena top up 2 kali? aku pun nekad memang nak tukar ke digi. Tapi tengok plan prepaid uMobile macam lagi menarik perhatian aku. Disebabkan aku malas nak cari wakil uMobile, aku cuba cara MNP through website. Arahan dia jelas, beli simpack kat kedai, aktifkan, kemudian isi particular dalam website untuk mnp ke uMobile. Aku pun singgah 7-11, beli 1 simpack, dan follow arahan.

Sepatutnya lepas isi semua, akan dapat sms pengesahan dari uMobile yang setuju untuk port out dari hotlink. Aku tunggu dalam 5 jam masih takde respon. Makanya aku kontek uMobile dalam twitter, dalam facebook, dan juga melalui contact form dari website uMobile, dan semuanya HAMPA DAN LEMBAB NAK MAMPOS.

 respon dalam facebook aku dapat lepas 24jam, respon dari twitter dalam 48jam, dan paling best respon dari contact form tu nak masuk 3 hari, kahkahkah, Gilos... dan sementara aku tunggu respon tu, aku cuba line uMobile kat tempat aku dan tersangatlah failed liputannya.

Dan aku nekad tukar juga pada DiGi sebab wife aku memang guna digi untuk data plannya. Dan liputan DiGi kat area aku tinggal memang bagus. Lepas aku kecewa dengan respon time team uMobile, aku terus pergi Wakil Digi yang terdekat. Memang simple sangat la kaedahnya pun, bagitahu nak MNP ke DiGi, bagi IC dan nombor yang nak dikekalkan, diorang scan, dapat simkad, dan tunggu je line sedia ada korang offline, dan terus tukar simkad baru. Orang lain aku tak tau, tapi memang takde dah nak kena send YES untuk nombor aku port out, yang ada maxis ucap terima kasih je, lepas tu terus simkad hotlink aku offline. Semua setel dalam 24jam.

Makanya aku sekarang pengguna DiGi yang baru. Plis be nais to me DiGi.

0 komen:

Post a Comment