16/11/2017

Minyak Naik Lagi - Bukan Minta Simpati



BISING HARGA MINYAK BUKAN HANYA KERANA ISU POLITIK

Satu yang betul, penggunaan minyak sememangnya menjadi keperluan utama hari ini. Harga naik tetap kena isi, harga turun pun tetap juga isi, dan orang gila saja yang suka-suka habiskan minyak semata-mata nak isi minyak banyak kali pada waktu murah.

Beza dalam nilai kenaikan mungkin nampak kecil pada yang mampu, tapi bagi pengguna yang mempunyai bajet terhad dalam aturan kewangan harian, sikit ini juga adalah sakit. Tangki minyak tetap perlu diisi untuk bergerak sana sini.


 

Selain itu, kesan kenaikan ini juga pasti terpalit pada harga barangan di pasaran. Berapa banyak barang yang turun harga bila minyak murah masa bulan 7 hari tu? tiada. Melainkan barangan segar yang harga turun naiknya melibatkan permintaan di pasaran. pernah tengok harga sardin cap ayam? mana pernah turun.

Ya, faktor turun naik tukaran wang Ringgit juga mendorong pada permainan harga bahanapi di pasaran, tak dapat tidak memang akan memberi kesan pada harga yang perlu dibayar.

Tapi tak perlu nak memperlekeh rakyat yang hanya mampu bersuara di media sosial, yang hanya mampu meluahkan rasa hati di media sosial. Bukan semuanya mampu untuk sentiasa mempunyai lebihan bajet dihujung bulan, bukan semua mampu claim duit belanja minyak dengan majikan, bukan semua ada 5 angka dalam gaji bulanan, bukan semua... yang buat lebih dari 1 kerja pun dah ramai, takkan sekarang perlu buat sampai 10 kerja untuk menampung hidup yang makin mendesak.

Sebab kau masih mampu, kau lekehkan rakyat yang kurang mampu,
sebab kau mampu, semuanya relevan dengan kau,
sebab kau mampu, kau tak rasa beban tu...

tak perlu simpati, cukup ada empati... mampu?

0 komen:

Post a Comment