28/11/2017

Masuk Mahkamah Jika Ada Saman AES Tertunggak


Pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan dihadapkan ke mahkamah mulai awal tahun depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata tindakan tersebut juga diambil untuk semua saman yang dikeluarkan mulai 1 Mei tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengenai tarikh penerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Datuk Ab. Aziz berkata bagaimanapun, untuk saman AES yang dikeluarkan pada 2012 hingga April tahun ini, tindakan masih ditangguhkan dan setakat ini sebanyak 2.7 juta saman AES telah direkodkan.

--- ads
-- ads

0 komen:

Post a Comment