18/11/2017

3 Kategori Ayam Telur Di Jepun



Saya  memang peminat makanan yang melibatkan telur ayam. Saya takkan rasa bosan walaupun seminggu mengadap menu telur ayam, tak kira la telur rebus, dadar, mata kerbau, omelette dan sebagainya.

Sekarang saya nak kongsikan info yang sahabat FB saya, GH Syukri kongsikan pada status beliau.



 

Maklumat menarik saya dapat hari ni.
Berkenaan dengan ayam telur.
Diceritakan oleh pengurus reban ayam telur di Kagoshima.

Katanya :
Ada 3 kategori ayam telur.
#1 Ayam telur yang sihat dan mengeluarkan telur dengan baik
--> akan dijaga dan diberi makan secukupnya untuk membolehkan ayam mengeluarkan telur semaksima mungkin.

#2 Ayam telur, yang dah tak larat bertelur (nampak lemah, nampak macam nak mati)
--> akan DIPATAHKAN TENGKUKNYA hingga mati dan ditanam.

#3 Ayam telur yang dah kurang mengeluarkan telur (produktiviti tak bagus) tapi masih nampak OK dan nampak masih mampu bertelur
--> akan di PUASA kan selama 2 minggu. Semasa tempoh puasa itu, ayam hanya akan diberi minum air saja (tanpa makanan) iaitu selama 2 minggu. Masa puasa tu, bulu ayam akan tercabut dan tumbuh bulu baru dan menjadi aktif balik dan bersedia untuk bertelur semula.

Apa yang menarik dan mengejutkan ialah ayam jenis #3 tu.
Ayam dipaksa untuk BERPUASA selama 2 minggu, hanya minum air jer.
Dan dengan berbuat begitu, ayam kembali aktif dan boleh mengeluarkan telur dengan banyak semula, selepas tempoh berpuasa.
Subhanallah, tak sangka betul.
Ayam pun berpuasa. Dan dengan hikmah puasa itu, dapat mengembalikan energi ayam untuk bertelur semula.

Oh  ya, Tuan GH Syukri juga berkhidmat dengan syarikat pengeluar produk halal di jepun, iaitu Ajinatori Halal : Chicken sausage, Chicken ham, Chicken hamburger, HALAL . Kalau sesiapa yang selalu ke Jepun atau menetap di sana, boleh hubungi beliau untuk info berkaitan produk halal di syarikat tersebut.



Kenal Vivy Yusof? cuba baca info ni pasal dia >> http://gogoviral.sharethisstory.net/vivy
http://gogoviral.sharethisstory.net/my-1262102-11604?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

0 komen:

Post a Comment