15/01/2018

Cerpen - Bila Sajjad Dah Jadi Putih


Sajjad wanita yang hitam manis. Beliau seorang wanita yang cantik.
Namun keayuannya tidak terserlah dek kerana warna kulitnya yang tidak putih.
Sajjad sentiasa melihat dirinya kurang cantik selagi dirinya tidak menjadi putih.

Suatu hari Sajjad bertemu rakan lamanya, Rahimah yang kini tinggal di bandar.
Sajjad terkesima kerana Rahimah yang dulunya sama warna kulit dengan beliau
telah menjadi seorang yang berkulit cerah. Sajjad telah bertanya bagaimana
Rahimah menjadi begitu cerah dan amat berubah sekali penampilannya.

08/01/2018

Menggunakan telefon bimbit semasa lampu merah adalah suatu kesalahan


 Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit semasa berhenti di lampu isyarat merah adalah suatu kesalahan?

Ianya terkandung dalam undang-undang mengikut Kaedah 17 A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

Pengarah Penguat kuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata, “Sekiranya didapati mereka (pemandu) memegang atau menggunakan telefon bimbit, itu satu kesalahan dan kita akan mengeluarkan saman.
“Kita memang peka terhadap isu ini dan memberi amaran kepada mana-mana pengguna jalan raya sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tindakan saman dengan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-dua sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya.





22/12/2017

Penjara dan Denda Jika Sambung Bayar


Assalamualaikum

Situasi ekonomi yang agak mendesak serta keadaan poket yang tak berapa nak selesa menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang tak mampu untuk membayar bulanan hutang kereta mereka. Untuk mencari jalan mudah, mereka akan membuat tawaran sambung bayar samada menggunakan orang tengah ataupun syarikat sewa kereta yang akan memajak kenderaan mereka.

Tahukah anda adalah salah jika anda sebagai pemilik kereta melakukan pajakan atau kaedah sambung bayar tanpa pengetahuan bank?

Pemilik kenderaan yang memajak kereta kepada pihak ketiga tanpa persetujuan daripada pihak bank boleh didenda atau dipenjarakan.
Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan, kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta ini sebenarnya melanggar peruntukan Akta Sewa Beli 1967.
"Tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit yang menyerahkan kenderaan untuk disambung bayar atau dipajak kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada bank," jelasnya.
Jawapan bertulis bertarikh semalam itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.
Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan akta ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967, jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuat kuasa, mereka boleh didenda hingga RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Kementerian Dalam Negeri mengetahui kes sambung bayar dan pajakan kereta sebagai penyelesaian pemilik kereta yang tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan kepada bank.
"Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau pajakan ini tidak dibayar sewa bulanan kepada bank, sekali gus menyebabkan penama kenderaan disenarai hitam.
"Kes-kes ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri seperti dikatakan dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan.
"Namun, dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, polis akan siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelas kenyataan itu.


7 Tanda Buah Pinggang Anda Tidak Sihat


Assalamualaikum.
 
Biasanya badan akan menghantar isyarat yang menunjukkan buah pinggang anda gagal berfungsi dengan sepatutnya. Buah pinggang atau Ginjal adalah organ tubuh yang paling penting. Kerosakan salah satu ginjal akan mempengaruhi seluruh fungsi dalam tubuh.

Jika isyarat awal kerosakan fungsi ginjal ini dapat dikesan, adalah lebih mudah untuk mendapatkan rawatan awal yang mampu mengelakkan kerosakan ginjal yang lebih awal.

Berikut adalah tanda-tanda buah pinggang anda bermasalah :

21/12/2017

Mati - Kau Tak Boleh Lari


Assalamualaikum...

Tanyakan pada diri kita, bentuk kematian yang bagaimanakah sanggup kita rasai?

Takala membaca berita dan khabar tentang kematian orang lain, secara spontan kita juga akan turut merasa takut dan bimbang tentang keselamatan diri sendiri.

Membaca berita orang mati lemas, kita pun terbayang bagaimanalah rasanya mati kelemasan dan tiba-tiba kita pun merasa takut untuk mati lemas!